MTCNA
/- RM1,600.00
MikroTik Certified Network Associate (MTCNA)
Kursus latihan MTCNA adalah kursus pensijilan Mikrotik yang pertama. Ia merangkumi asas-asas Mikrotik RouterOS, kemudian, hands-on learning Firewall, pengurusan jalur lebar, konfigurasi Wireless, Routing dan Tunnels.
Jadual
- Training MTCNA akan diadakan dalam 3 hari, berdasarkan jadual dikemas kini.
- Setiap kelas bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang
Persijilan
- Pada akhir latihan selama 3 hari, para peserta akan menghadiri Ujian Pensijilan MTCNA ( MikroTik Certified Network Associate ). Sijil rasmi daripada MikroTik akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya lulus ujian. (Gred lulus ialah 60%).
- Semua peserta akan mendapat Sijil Kehadiran dari Hotspot System.
Kenapa Mesti Training MTCNA di Hotspot System?
- Hotspot System telah menjalankan kerjasama di antara Syarikat Indonetworkers.com bagi menjalankan kursus-kursus daripada Mikrotik
- Pengalaman
pengajar daripada Indonetworkers.com adalah kelas pakar dan berpengalaman.
- Kami
menghapuskan kos untuk pembelian routerboard supaya kos latihan dapat
dikurangkan, routerboard disediakan oleh pihak Hotspot System semasa kelas.
- Bayaran
murah, termasuk Peperiksaan MTCNA, Pengajar bertaraf Pakar.
- Kami
adalah satu-satunya di Malaysia yang dapat mengadakan latihan pensijilan
mikrotik tertinggi, MTCINE, pengajar berpengalaman dan bertaraf pakar.
- Peserta
akan menerima modul latihan dalam bahasa Malaysia dan juga beberapa
perisian sokongan.
- Percuma
baju T-Shirt daripada Hotspot System
- Modul kami
adalah dalam bahasa Malaysia.
- Sekiranya peserta kursus gagal dalam peperiksaan MTCNA bagi kali pertama, dia akan mendapat peluang untuk mengambil satu lagi ujian PERCUMA (satu kali) dalam tempoh 1 bulan yang dikira dari tarikh peperiksaan dijalankan.
Faedah
- Peserta akan menerima sijil antarabangsa MTCNA untuk menyokong dalam sektor pekerjaan (Bagi yang lulus).
- Peserta mendapat kemahiran yang boleh digunakan untuk membina rangkaian, terutamanya menggunakan peralatan Mikrotik.
- Peserta mendapat kemahiran untuk memantau dan mengenalpasti masalah pada rangkaian.
- Peserta mendapat kemahiran untuk menyelesaikan masalah diri, yang bermakna para peserta akan mendapat keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara sendiri.