MikroTik Certified User Management Engineer (MTCUME)
Sila ambil perhatian! Sebelum mengambil peperiksaan MTCUME secara online, anda perlu mengambil peperiksaan MTCNA terlebih dahulu. Kursus Latihan Mikrotik MTCUME Certification adalah salah satu program training lanjutan dari MikroTik untuk pengusaha IT khususnya di bidang Networking yang ingin mempelajari bagaimana cara mengendalikan rangkaian berasaskan routerOS yang berskala besar dengan pengurusan sistem berpusat. Selain itu peserta akan mempelajari fungsi-fungsi PPP, PPTP. L2TP, MTU, IPSecurity, PPPoE, Bridging, IPSec, Hotspot, Radius dan lain sebagainya.
Jadual
- Training MikroTik Certified User Management Engineer (MTCUME) akan diadakan dalam 3 hari, berdasarkan jadual dikemas kini.
- Setiap kelas bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang
Persijilan
- Pada akhir latihan selama 3 hari, para peserta akan menghadiri Ujian Pensijilan MTCUME ( MikroTik Certified User Management Engineer ). Sijil rasmi daripada MikroTik akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya lulus ujian. (Gred lulus ialah 60%).
- Semua peserta akan mendapat Sijil Kehadiran dari Hotspot System.
Kenapa Mesti Training MTCUME di Hotspot System?
- Hotspot System telah menjalankan kerjasama di antara Syarikat Indonetworkers.com bagi menjalankan kursus-kursus daripada Mikrotik
- Pengalaman pengajar daripada Indonetworkers.com adalah kelas pakar dan berpengalaman.
- Kami menghapuskan kos untuk pembelian routerboard supaya kos latihan dapat dikurangkan, routerboard disediakan oleh pihak Hotspot System semasa kelas.
- Bayaran murah, termasuk Peperiksaan MTCUME, Pengajar bertaraf Pakar.
- Kami adalah satu-satunya di Malaysia yang dapat mengadakan latihan pensijilan mikrotik tertinggi, MTCUME, pengajar berpengalaman dan bertaraf pakar.
- Peserta akan menerima modul latihan dalam bahasa Malaysia dan juga beberapa perisian sokongan.
- Percuma baju T-Shirt daripada Hotspot System
- Modul kami adalah dalam bahasa Malaysia.
- Sekiranya peserta kursus gagal dalam peperiksaan MTCUME bagi kali pertama, dia akan mendapat peluang untuk mengambil satu lagi ujian PERCUMA (satu kali) dalam tempoh 1 bulan yang dikira dari tarikh peperiksaan dijalankan.
Faedah
- Peserta akan menerima sijil antarabangsa MTCUME untuk menyokong dalam sektor pekerjaan (Bagi yang lulus).
- Peserta mendapat kemahiran yang boleh digunakan untuk membina rangkaian, terutamanya menggunakan peralatan Mikrotik.
- Peserta mendapat kemahiran untuk memantau dan mengenalpasti masalah pada rangkaian.
- Peserta mendapat kemahiran untuk menyelesaikan masalah diri, yang bermakna para peserta akan mendapat keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara sendiri.
- Peserta dapat memahami fungsi-fungsi yang ada di PPP seperti Local Address, Remote Address, Address List, Session Limitation, Limitation Bandwidth for PPP users, PPP Secret, IP Pool dan lain-lain lagi.
- Peserta dapat memahami apa perbezaan PPTP and L2TP tunnels, kedua-duanya dari segi Protocol, Encryption, MTU, Tunnel Header, dan lain-lain.
- Peserta dapat memahami dan konfigurasi bagaimana cara membuat rangkaian hotspot secara advanced. Baik menukar design login page, baik Limitation bandwidth client, Login Method, Monitoring User, Profile untuk pengguna, Bypass dengan Wallet Garden, IP Binding, Advertisement dan lain sebagainya.
- Peserta dapat memahami dan konfigurasi bagaimana cara untuk centralized user menggunakan Radius, baik dengan Radius MikroTik iaitu Userman, ataupun aplikasi yang lain.
MTCUME
MikroTik Certified User Management Engineer (MTCUME)Sila ambil perhatian! Sebelum mengambil pep.....
RM1,450.00
Showing 1 to 1 of 1 (1 Pages)