Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) merupakan Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada 1 April 2011 melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2000 [Akta 700} yang diwartakan pada 3 September 2009. Fungsi utama EAIC adalah menerima dan menyiasat aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya ini.
Tuan Mohd Juzaili Hasrul Fitri merupakan penceramah yang berpengalaman dalam bidang yang berkaitan bagi menjalankan kursus ini. Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan EAIC bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembelajaran berterusan. Oleh yang demikian, EAIC telah menjemput wakil pihak kami sebagai penceramah jemputan sebagaimana ketetapan berikut:
Perkara: Teori dan Amali Pengurusan Kamera Litar Tertutup (CCTV)
Tarikh: 14 & 15 Januari 2019 dan 18 & 19 Februari 2019
Masa: 9:00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Pendengaran, Aras 11 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan No.18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Peserta: Pegawai dan Kakitangan EAIC
Alhamdulillah, kursus ini telah berjalan dengan lancar seperti waktu yang ditetapkan
Surat Jemputan Kursus CCTV:
Gambar kursus CCTV sesi Pertama di EAIC pada 14 & 15 Januari 2019
Gambar kursus CCTV sesi Pertama di EAIC pada 18 & 19 Februari 2019